Perkhidmatan Pembekalan Penerbitan adalah perkhidmatan di mana pengguna dapat membuat permintaan untuk meminjam buku atau menerima dokumen dari perpustakaan lain apabila bahan yang diperlukan tidak tersedia di Perpustakaan USIM. Perkhidmatan ini ditawarkan melalui perkhidmatan Inter-Library Loan (ILL) (buku) dan Perkhidmatan Pembekalan Dokumen (jurnal artikel, bab buku dan kertas persidangan).