PERANAN JKKP JABATAN PERPUSTAKAAN

Antara fungsi-fungsi Jawatankuasa ini adalah seperti berikut :

  1. Mengadakan mesyuarat seberapa kerap yang perlu setara dengan pendedahan risiko yang terdapat pada jenis kerja dan proses yang berlaku di Jabatan Perpustakaan tidak kurang satu (1) kali dalam setiap tiga (3) bulan.
  2. Memeriksa tempat kerja secara berkala (sekurang-kurangnya 3 bulan sekali).
  3. Melapor dan membincangkan sebarang kemalangan dan keadaan yang tidak selamat, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan.
  4. Memeriksa dan membantu Seksyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan USIM dalam menyiasat sebarang perkara berkaitan KKP selepas berlaku kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan yang berlaku di Jabatan Perpustakaan.
  1. Membuat cadangan pemulihan dan tindakan pembaikan ke atas risiko di tempat kerja.
  2. Mengkaji semula tindakan dan amalan KKP dan membuat cadangan pindaan melalui Jawatankuasa Induk Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
  3. Menyimpan dan mengemaskini rekod berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
  4. Membantu SKKP induk dalam melaksanakan fungsi-fungsi berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta aktiviti lain untuk menggalakkan budaya kerja yang selamat dan sihat.

ISU/SKOP PERBINCANGAN:

  • Isu-isu yang dibincangkan adalah berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, antaranya:
  • -Laporan kemalangan/kemalangan nyaris dalam pekerjaan di peringkat Jabatan Perpustakaan.
  • -Laporan audit/pemeriksaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di peringkat Jabatan Perpustakaan.
  • -Aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerjaan di peringkat Jabatan Perpustakaan.
  • -Aduan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.
  • -Cadangan penambahbaikan sistem keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Terma Rujukan (TOR) dan Fungsi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) adalah seperti mana yang termaktub dalam Akta 514 dan Peraturan KKP 1996 iaitu:

Terma Rujukan:

  1. Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ini adalah
    berdasarkan pematuhan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
    (Akta 514).
  2. Pelantikan ahli JKKP ini adalah berdasarkan pematuhan kepada Akta Keselamatan
    dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan amalan dari Universiti Awam (UA) dan
    organisasi lain yang mana komposisi ahli ini perlulah mempunyai Pengerusi,
    Setiausaha, Wakil Majikan dan Wakil Pekerja.

LAPORAN ISU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

KLIK SINI