Perkhidmatan Pembekalan Dokumen sebelum ini dikenali sebagai Interlibrary Loan (ILL). Perkhidmatan ini bertujuan untuk membantu pengguna memperoleh bahan-bahan yang tidak terdapat dalam koleksi perpustakaan. Ia dikendalikan oleh Unit Rujukan, di mana mereka akan mengenal pasti ketersediaan bahan yang diperlukan dari perpustakaan lain.