KATEGORI KELAYAKAN PINJAMAN / TEMPOH       
Ahli Kehormat:
– Profesor Emeritus/Profesor Emerita (yang dianugerahkan oleh USIM)
– Profesor Adjung
– Pemegang Kursi (Kursi Holder)
– Pemegang Ijazah Kehormat USIM
15 naskah / 60 hari
Staf Akademik:
– Sepenuh Masa, Kontrak & Tutor
– Pasca Doctoral – beremolumen dari USIM
25 naskah / 60 hari
Staf Bukan Akademik – Sepenuh Masa & Kontrak 10 naskah / 30 hari
Pelajar Diploma Siswazah 7 naskah / 14 hari
Pelajar Sarjana Muda 10 naskah / 14 hari
Pelajar TAMHIDI 5 naskah / 14 hari
Pelajar Siswazah – Master & PHD 15 naskah / 30 hari
Akademik – Sambilan Tiada
Staf Bukan Akademik – Sambilan Tiada
Pelajar Permata Insan 5 naskah / 14 hari
Ahli Khas (Jangka Pendek)
Syarat keahlian:
i. mempunyai kad yang dikeluarkan oleh pihak berwajib di USIM.
ii. ‘Clearance’ perlu dibuat 1 bulan sebelum tamat tempoh pengajian.Kategori Ahli Khas (Jangka Pendek)
– Sabatikal
– Pelajar Pertukaran (Exchange Student)
– Pelajar Mobiliti
– Lain-lain kategori khas yang memenuhi syarat di atas.
2 naskah / 7 hari
(3 bulan dan ke atas)
1 naskah / 7 hari
(bawah 3 bulan)

TATACARA PEMINJAMAN DAN PEMBAHARUAN BAHAN PERPUSTAKAAN

PEMINJAMAN BAHAN

1. Semua pengguna yang berdaftar layak untuk membuat pinjaman mengikut kategori dan kelayakan pinjaman yang telah ditetapkan.

2. Peminjaman bahan boleh dibuat di kaunter Perpustakaan atau secara layan diri melalui perkhidmatan ‘self-check’ yang disediakan.

3. Pengguna tidak dibenarkan menggunakan kad pengguna lain.

4. Pengguna tidak boleh membuat pinjaman jika :

4.1. mempunyai denda.

4.2. Mempunyai buku yang telah tamat tempoh peminjaman.

4.3. Pinjaman melebihi had yang telah ditetapkan.

TATACARA PEMINJAMAN DAN PEMBAHARUAN BAHAN PERPUSTAKAAN

PEMBAHARUAN BAHAN

1. Pengguna boleh memperbaharui pinjaman di kaunter Perpustakaan atau secara atas talian melalui Web OPAC Perpustakaan USIM.

2. Pembaharuan hanya boleh dilakukan apabila bahan tersebut tidak ditempah oleh pengguna lain.

3. Pembaharuan hendaklah dilakukan 3 hari sebelum tarikh pulang bahan yang berkaitan secara atas talian/Kaunter Sirkulasi/Mesin Self Check.

4. Pengguna hanya dibenarkan membuat pembaharuan sebanyak dua kali sahaja untuk sesebuah buku.

5. Jika bahan telah ‘overdue’, pengguna tidak boleh memperbaharui bahan secara atas talian.