BILIK KAREL

Bilik Karel disediakan untuk pengguna yang ingin belajar secara bersendirian. Perpustakaan hanya menyediakan 9-unit bilik karel. Setiap bilik ini dilengkapi dengan satu set meja belajar dan hanya seorang sahaja pengguna boleh menggunakan bilik ini dalam satu masa. Pengguna perlu mendaftar di Kaunter Sirkulasi terlebih dahulu sebelum menggunakan bilik karel

MAKMAL KOMPUTER

Perpustakaan menyediakan satu makmal komputer untuk memudahkan pengguna mengikuti program-program seperti kelas pendidikan dan latihan pengguna. Makmal komputer boleh memuatkan seramai 12 orang pengguna pada setiap masa tertentu. Di samping itu, pengguna juga boleh menempah makmal komputer untuk aktiviti lain yang bersesuaian dengan kehendak pengguna

BILIK PERBINCANGAN

Perpustakaan menyediakan 6 bilik perbincangan di mana setiap bilik perbincangan boleh memuatkan seramai 6 orang pengguna. Setiap bilik perbincangan dilengkapi dengan papan putih, dan satu set meja perbincangan. Pengguna perlu mendaftar di Kaunter Sirkulasi untuk menggunakan bilik tersebut

BILIK AUDIOVISUAL

Bilik audiovisual dapat memuatkan sehingga 15 orang pengguna dan boleh digunakan untuk seminar, pembentangan atau bengkel. Bilik Audiovisual ini lengkap dengan PA system yang membolehkan pelajar melakukan aktiviti mereka. Pengguna perlu menempah bilik di meja rujukan sebelum bilik tersebut digunakan.

RUANG LOKER

Terdapat dua jenis loker yang disediakan diperpustakaan ini iaitu loker berkunci dan loker terbuka. Penggunaan loker berkunci perlu merujuk di kaunter sirkulasi dan loker terbuka boleh digunakan secara bebas. Selain itu, pelajar perlu memastikan ruang loker dalam keadaan bersih. Pihak Perpustakaan tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan barang di dalam ruang loker. Pelajar boleh mengahantar sebarang maklumat berkenaan ruang loker kepada kakitangan yang bertugas di kaunter.