KATEGORI KOLEKSI RAK TERBUKA     
Profesof Pelawat (Bergantung kepada tempoh berada di USIM) 7 naskah / (Bergantung kepada tempoh berada di USIM)
Ahli Korporat 5 naskah / 14 hari
Orang Perseorangan 5 naskah / 14 hari
Kakitangan Kerajaan 5 naskah / 14 hari
Pelajar IPTA 5 naskah / 14 hari
Pelajar IPTS 5 naskah / 14 hari
Alumni USIM 5 naskah / 14 hari
Pesara USIM 5 naskah / 14 hari
Sekolah Kluster 2 naskah / 30 hari
Pasca Doctoral (yang berbayar dan kerjasama penyelidikan) 5 naskah / 14 hari
KATEGORI                      YURAN TAHUNAN (RM)
RUJUKAN SAHAJA
YURAN TAHUNAN (RM)
PERKHIDMATAN DAN PINJAMAN BAHAN
Alumni USIM PERCUMA 100.00
Pesara USIM PERCUMA 50.00
Kakitangan Kerajaan PERCUMA 100.00
Pelajar IPTA PERCUMA 100.00
Pelajar IPTS PERCUMA 200.00
Ahli Korporat (5 Keahlian) PERCUMA 2000.00
Orang Perseorangan PERCUMA 200.00
Sekolah Kluster PERCUMA 100.00
Sekolah Rendah / Menengah / Matrikulasi (Sekolah Kerajaan) PERCUMA
Keluarga staf USIM PERCUMA Boleh menggunakan kelayakan staf USIM

TATACARA PEMINJAMAN DAN PEMBAHARUAN BAHAN PERPUSTAKAAN

PEMINJAMAN BAHAN

1. Semua pengguna yang berdaftar layak untuk membuat pinjaman mengikut kategori dan kelayakan pinjaman yang telah ditetapkan.

2. Peminjaman bahan boleh dibuat di kaunter Perpustakaan atau secara layan diri melalui perkhidmatan ‘self-check’ yang disediakan.

3. Pengguna tidak dibenarkan menggunakan kad pengguna lain.

4. Pengguna tidak boleh membuat pinjaman jika :

4.1. mempunyai denda.

4.2. Mempunyai buku yang telah tamat tempoh peminjaman.

4.3. Pinjaman melebihi had yang telah ditetapkan.

TATACARA PEMINJAMAN DAN PEMBAHARUAN BAHAN PERPUSTAKAAN

PEMBAHARUAN BAHAN

1. Pengguna boleh memperbaharui pinjaman di kaunter Perpustakaan atau secara atas talian melalui Web OPAC Perpustakaan USIM.

2. Pembaharuan hanya boleh dilakukan apabila bahan tersebut tidak ditempah oleh pengguna lain.

3. Pembaharuan hendaklah dilakukan 3 hari sebelum tarikh pulang bahan yang berkaitan secara atas talian/Kaunter Sirkulasi/Mesin Self Check.

4. Pengguna hanya dibenarkan membuat pembaharuan sebanyak dua kali sahaja untuk sesebuah buku.

5. Jika bahan telah ‘overdue’, pengguna tidak boleh memperbaharui bahan secara atas talian.