3 UNIT KOMPUTER UNTUK  CETAKAN / ZON INTERNET

Perpustakaan Cawangan Fakulti Pergigian menyediakan  komputer untuk digunakan oleh pengguna. Tiada had tempoh penggunaan untuk pengguna.Pengguna boleh mengakses internet dan membuat cetakan  untuk menyelesaikan tugasan .Umumnya,  semua komputer tersedia untuk memudahkan pengguna menggunakannya

RUANG TERBUKA BELAJAR 24 JAM

Perpustakaan Cawangan Fakulti Pergigian juga menyediakan ruang belajar 24  jam untuk pelajar . Ruang belajar ini terbuka semua pelajar untuk menggunakan bagi aktiviti pembelajaran. Ruang terbuka belajar 24 jam ini boleh memuatkan seramai 30 orang pada satu masa. Para pelajar boleh menelaah dn juga beraktiviti.
Ruang ini beroperasi 24 jam untuk kepentingan pelajar menelaah dan beraktiviti.

RUANG BELAJAR DIDALAM PERPUSTAKAAN

Selain itu juga, perpustakaan Fakulti Pergigian juga menyediakan kemudahan ruang belajar di dalam perpustakaan. Ruang tersebut boleh memuatkan lebih kurang 30 orang pengguna dalam satu masa.

Untuk keselesaan pengguna, perpustakaan Fakulti Pergigian juga menyediakan ruang rehat yang dilengkapi dengan Sofa dan Televisyen. Pengguna boleh menggunakan kemudahan ini ketika perpustakaan beroperasi tanpa had waktu.