Perpustakaan USIM mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih kepada Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia, YBhg. Dato’ Dr Mashitah Ibrahim atas penyerahan sumbangan bahan-bahan bacaan terbitan Yayasan ke Perpustakaan USIM pada 27 Ogos 2020 lalu.

Bahan-bahan sumbangan telah diterima oleh Ketua Bahagian Pembangunan Sumber (BPS), Puan Hasmida Saleh untuk diuruskan di Unit Sumbangan dan Hadiah, Perpustakaan USIM.

Turut serta semasa sesi penyerahan tersebut adalah Ketua Pustakawan USIM, Puan Nor Azzah Momin.

Terima Kasih daun keladi,
Moga sumbangan ini dapat dimanfaatkan oleh pengguna kami.

Disediakan oleh:

Unit Komunikasi Korporat
Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia
71800 Nilai, Negeri Sembilan.