17 Mac 2021

Pusat Sumber MKN telah diwakili oleh 2 orang kakitangan yang diketuai oleh Encik Muhammad Asraf bin Mohd Ridzuan (Pustakawan, Pusat Sumber MKN).

Sesi selama 3 jam ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd Helmi Masor @ Mansor, Timbalan Ketua Pustakawan USIM dan Encik Muhammad Hafizi Ahmad, Pustakawan Kanan USIM.

Objektif sesi latihan ini bertujuan melatih dan mendedahkan kaedah pengurusan dan penggunaan sistem yang betul mengikut fungsi-fungsi yang telah disediakan.

Turut hadir semasa sesi ini Ketua Pustakawan USIM, Puan Nor Azzah Momin. Perkongsian pengalaman pembangunan Sistem KOHA di Perpustakaan USIM turut dikongsikan sebagai panduan dan rujukan untuk Pusat Sumber MKN beradaptasi dengan sistem ini.
Terima kasih daripada kami atas kunjungan ini.

Disediakan oleh:

Unit Komunikasi Korporat
Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia
71800 Nilai, Negeri Sembilan.