Seramai 19 orang delegasi Universitas Mathla’ul Anwar (UNMA) Banten, Indonesia telah berkunjung ke USIM bersempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara UNMA dengan Kolej Genius Insan (KGI), USIM anjuran USIM ‘Alamiyyah

Delegasi yang diketuai oleh Prof.Dr.KH.E. Syibli Syarjaya, Rektor UNMA dan diiringi oleh Wakil-Wakil Universiti, Dekan, Pensyarah dan Guru dijadualkan berada di Malaysia selama dua hari mulai 24 hingga 25 Ogos 2022.

Sebelumnya, delegasi dibawa melawat ke sekitar Perpustakaan USIM bagi meninjau koleksi bahan bacaan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna khususnya mahasiswa USIM.

Turut sama dalam sesi lawatan ini adalah beberapa wakil pelajar daripada Persatuan Mahasiswa Indonesia USIM. Lawatan dikendalikan oleh Pegawai Seksyen Komunikasi Korporat Perpustakaan USIM dan disertai oleh beberapa orang pegawai perpustakaan.

Kami amat berbesar hati menerima kunjungan hormat ini dan semoga jalinan kerjasama diantara UNMA dan USIM akan dimanfaatkan sebaiknya.

Terima Kasih kepada semua yang terlibat