9 Dis 2021 – Sekurang-kurangnya 37 buah kotak buku yang terdiri daripada pelbagai subjek telah disumbangkan oleh seorang pesara kerajaan kepada Perpustakaan USIM. Semua buku-buku yang telah disumbangkan merupakan koleksi peribadi beliau sepanjang menjawat jawatan pensyarah dalam bidang Sains Politik di Universiti Sains Malaysia (USM).

Dikenali semasa di USM sebagai Associate Professor Dr. K. Ramanathan Kalimuthu, beliau yang kini telah berpencen berhasrat agar sumbangannya ini dimanfaatkan oleh semua pelajar dan pengguna perpustakaan. Walaupun bidang yang beliau ceburi adalah Sains Politik, koleksi buku peribadinya turut merangkumi pelbagai bidang lain antaranya sejarah, sains komputer, pengurusan dan banyak lagi.

Hadir sama semasa sesi penyerahan itu, Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi, Prof. Madya Dr. Sundresan A/L Perumal dan Pustakawan Kanan, Cik Aishahtun Abd Majid mewakili USIM bagi menerima sumbangan ini.

Disediakan oleh :
Seksyen Komunikasi Korporat
Perpustakaan USIM