PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Pengguna boleh mendapatkan bantuan pustakawan melalui Perkhidmatan Rujukan Sembang Langsung di aplikasi mudah alih, WhatsApp dan panggilan telefon perpustakaan yang beroperasi setiap hari dari 8 pagi hingga 5 petang. Melalui aplikasi ini, pelajar dan pensyarah dapat berkomunikasi secara langsung dengan pustakawan mengenai sebarang masalah yang berkaitan dengan pencarian maklumat.

eImtiyaz adalah repositori institus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Pengguna boleh membuat pencarian maklumat dan bahan perpustakaan dalam pelbagai bidang.

USIM EZProxy adalah sistem yang bertindak sebagai perantara pengguna Perpustakaan USIM dan Internet. Ini membolehkan pengguna yang dibenarkan mengakses sumber elektronik dan pangkalan data yang dilanggan dari  luar kampus melalui laman web Perpustakaan USIM.

Perkhidmatan ini memudahkan pengguna memperbaharui pinjaman bahan dengan log masuk ke web OPAC. Walau bagaimanapun, pembaharuan pinjaman hanya boleh dilakukan secara maksimum sebanyak 2 kali melalui talian. Pengguna di benarkan memperbaharui bahan Perpustakaan tanpa perlu ke Perpustakaan dengan perkhidmatan pembaharuan atas talian. 

Perkhidmatan Pembekalan Dokumen sebelum ini dikenali sebagai Pinjaman Antara Perpustakaan. Perkhidmatan ini bertujuan untuk membantu pengguna memperoleh bahan-bahan yang tidak terdapat dalam koleksi perpustakaan. Ia dikendalikan oleh Unit Rujukan, di mana mereka akan mengenal pasti ketersediaan bahan yang diperlukan dari perpustakaan lain.

Masih belum berpeluang mengunjungi Perpustakaan USIM, dan
bercadang ingin membuat pinjaman buku / bahan perpustakaan untuk pembelajaran online?
Perpustakaan USIM kini menawarkan Peminjaman Dan Pemulangan Bahan Perpustakaan Melalui Pos.
Ikuti langkah mudah berikut :
Layari Online Public Access Catalog Untuk Pencarian Bahan : http://kohalib.usim.edu.my/
Klik Pautan dibawah untuk borang permohonan : https://bit.ly/3eAA0Gc 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami melalui sirkulasi@usim.edu.my | 067986248/6226/6249 | WhatsApp : https://bit.ly/WAaskLibrarian

Dimaklumkan bahawa denda lewat pulang buku boleh dibayar melalui QRPAY. Sebarang pertanyaan sila hubungi kami melalui emel puva[at]usim.edu.my atau  hubungi Puan Puvaneswary melalui talian 06 798 6228.