PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
Pengguna boleh mendapatkan bantuan pustakawan melalui Perkhidmatan Rujukan Sembang Langsung di aplikasi mudah alih, WhatsApp dan panggilan telefon perpustakaan yang beroperasi setiap hari dari 8 pagi hingga 5 petang. Melalui aplikasi ini, pelajar dan pensyarah dapat berkomunikasi secara langsung dengan pustakawan mengenai sebarang masalah yang berkaitan dengan pencarian maklumat.
Perkhidmatan ini memudahkan pengguna memperbaharui pinjaman bahan dengan log masuk ke web OPAC. Walau bagaimanapun, pembaharuan pinjaman hanya boleh dilakukan secara maksimum sebanyak 2 kali melalui talian. Pengguna di benarkan memperbaharui bahan Perpustakaan tanpa perlu ke Perpustakaan dengan perkhidmatan pembaharuan atas talian.
Perkhidmatan Pembekalan Dokumen sebelum ini dikenali sebagai Pinjaman Antara Perpustakaan. Perkhidmatan ini bertujuan untuk membantu pengguna memperoleh bahan-bahan yang tidak terdapat dalam koleksi perpustakaan. Ia dikendalikan oleh Unit Rujukan, di mana mereka akan mengenal pasti ketersediaan bahan yang diperlukan dari perpustakaan lain.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami melalui sirkulasi@usim.edu.my | 067986248/6226/6249 | WhatsApp : https://bit.ly/WAaskLibrarian
Dimaklumkan bahawa denda lewat pulang buku boleh dibayar melalui QRPAY. Sebarang pertanyaan sila hubungi kami melalui emel puva[at]usim.edu.my atau hubungi Puan Puvaneswary melalui talian 06 798 6228.