Soalan Lazim Perpustakaan USIM
Perkhidmatan Perpustakaan
Waktu perpustakaan beroperasi berubah-ubah, sila klik DISINI bagi mendapatkan info terkini makluman tersebut.
Anda juga boleh mendapatkan makluman terkini di laman web, laman media sosial rasmi Perpustakaan USIM dan juga notis-notis yang ditampal di Perpustakaan. Sila rujuk senarai laman media sosial rasmi Perpustakaan USIM DISINI.
Perkhidmatan layan diri ialah perkhidmatan disediakan bagi membolehkan anda meminjam, memperbaharui peminjaman dan memulangkan bahan. Ini bagi memudahkan pengguna menggunakan perkhidmatan diluar waktu pejabat dan mengurangkan transaksi secara fizikal di kaunter.
Anda hanya boleh menukar kata laluan sahaja, bagi mengemaskini maklumat lain di profil anda, sila isi maklumat anda DISINI (https://forms.gle/GzUFoWg8Wb2rTNoo8)
Anda boleh mendapatkan sebarang hebahan maklumat dan iklan dengan melayari pautan berikut:
Laman Web : http://lib.usim.edu.my/ms/
Facebook : https://www.facebook.com/USIMLibrary/
Instagram : https://www.instagram.com/usimlibrary/?hl=en
Twitter : https://twitter.com/usimlibrary
Telegram : https://t.me/joinchat/G_xci50VY3PIahNS
WhatsApp : https://chat.whatsapp.com/C72MBWfVq0b7gXeDMzdWdT
Keahlian Perpustakaan USIM
Keahlian Dalaman
Semua kakitangan dan pelajar USIM adalah layak dan akan secara automatik menjadi ahli perpustakaan. Bagi bukan ahli yang ingin meminjam buku perlu mendaftar keahlian luar. Sila rujuk cara-cara untuk mendaftar sebagai keahlian luar.
Sila rujuk kepada kelayakan pinjaman DISINI
Keahlian Luar
Bagi pengguna bukan ahli yang ingin menggunakan kemudahan peminjaman bahan perpustakaan, anda perlu datang ke perpustakaan bagi memohon untuk menjadi ahli luar. Untuk pertanyaan berhubung dengan keahlian, anda boleh menghubungi Kaunter Sirkulasi di 06-7986255 pada waktu pejabat.
Setiap ahli boleh menggunakan semua kemudahan dan fasiliti yang ditawarkan dan juga layak untuk membuat peminjaman bahan. Sila rujuk kepada kadar bayaran dan kelayakan pinjaman DISINI
Perkhidmatan Pinjaman Bahan
Sekiranya buku tidak dipulangkan pada tarikh yang ditetapkan, pengguna akan dikenakan denda mengikut kadar berikut:
RM0.10 sehari/ buku
RM0.10 sejam/ buku untuk Koleksi Khas
Anda boleh menyemaknya di KOHA Library Catalogue (WebOPAC) http://kohalib.usim.edu.my/cgi-bin/koha/opac-account.pl
Anda boleh membayar secara tunai di Kaunter Sirkulasi atau menggunakan kaedah pembayaran atas talian. Sila rujuk kaedah pembayaran secara atas talian DISINI.
Anda boleh melaporkan kehilangan buku anda di Kaunter Sirkulasi atau borang atas talian yang disediakan DISINI. Kakitangan bertugas akan menilai tahap kerosakan bahan tersebut.
Bawa borang Clearance ke mana-mana kaunter perpustakaan bagi mendapatkan pengesahan atau anda boleh e-mel borang tersebut ke sirkulasi@usim.edu.my
Koleksi Digital
Sistem Repositori Penyelidikan (SRP) ialah platform akses terbuka yang mengumpul, memelihara dan mempamerkan hasil penyelidikan penyelidik, pelajar dan warga USIM.
Konsep perkongsian dan penyebaran maklumat secara atas talian ini adalah percuma dan tanpa had.
Sistem ini bertujuan untuk meningkatkan keterlihatan kepada penulisan dan penyelidikan dalam kalangan warga USIM dan memperlihatkan kecemerlangan penyelidikan USIM kepada dunia.
Ia dilaksanakan kerana mampu untuk mempercepatkan penyebaran penemuan kajian, menggalakkan inovasi, memperkayakan pendidikan dan merangsang ekonomi untuk memperbaiki kebaikan masyarakat.
Penyebaran ilmu dengan menggunakan akses terbuka tidak menggunakan sebarang kos.
Platform akses terbuka iaitu Sistem Repositori Penyelidikan USIM dibangunkan untuk penulis dan penyelidik USIM memuat naik hasil penulisan dan penyelidikan mereka untuk capaian awam.
Untuk akses kepada sistem ini, sila klik pada pautan berikut: https://oarep.usim.edu.my/jspui/
e-Imtiyaz adalah repositori institusi USIM. Pengguna boleh membuat pencarian maklumat dan bahan perpustakaan dalam pelbagai bidang. Antara koleksi yang terdapat didalam sistem ini ialah Koleksi Kertas Soalan Perperiksaan Lepas, Surat Khabar, Buletin, Projek Ilmiah Pelajar Pra Siswazah dan lain-lain.
Untuk akses kepada sistem ini, sila klik pada pautan berikut: http://ddms.usim.edu.my/