KUNJUNGAN KEDUA YBHG. DATUK HAJI AKBAR BIN HAJI SAMON KE PERPUSTAKAAN

5 Januari 2023

Kunjungan kali ke dua YBhg. Datuk Haji Akbar bin Haji Samon, Felo C Suite (JPA) Jusa B, Pejabat Pengerusi LPU USIM ke Perpustakaan USIM telah disambut baik oleh Ketua Pustakawan USIM, Puan Nor Azzah Momin serta beberapa pegawai Perpustakaan USIM.

Lawatan kali ini lebih tertumpu kepada ruangan baharu perpustakaan yang dinamakan Learning Space. Datuk Akhbar berkata, ruangan ini merupakan inisiatif yang baik bagi memastikan para pelajar selesa mengulangkaji pelajaran atau perbincangan dengan lebih santai.

Sesi sembang santai juga telah berlangsung di Bilik 2, Ruang Pembelajaran Interaktif Perpustakaan (Library Interactive Learning Space). Beberapa idea dan saranan kepada pihak perpustakaan juga turut diberikan dalam aspek penjanaan dan  penjenamaan serta peluang lain. Terima kasih atas kunjungan ini.