MAKMAL KOMPUTER
Perpustakaan menyediakan dua makmal komputer untuk memudahkan pengguna menyertai program pendidikan dan latihan pengguna. Makmal komputer 1 boleh memuatkan seramai 40 orang dan makmal komputer 2 untuk 20 orang. Di samping itu, pengguna juga boleh menempah makmal komputer untuk aktiviti lain yang bersesuaian. Makmal komputer terletak di aras 4 dan bersebelahan di antara satu sama lain.
Klik di sini untuk tempahan
BILIK PERBINCANGAN
Perpustakaan menyediakan 8 unit bilik perbincangan di mana 3 unit disediakan di aras 1 dan 5 unit lagi tersedia di aras 2. Setiap bilik perbincangan adalah berbeza dalam kapasitinya dan setiap unit dilengkapi dengan papan putih, flipping chart dan satu set meja perbincangan. Pengguna perlu mendaftar di Kaunter Sirkulasi untuk menggunakan bilik tersebut.
Sekiranya pengguna menghadapi sebarang masalah semasa menggunakan bilik, mohon rujuk kepada Kaunter Sirkulasi atau dail 06-798 6249.
BILIK SEMINAR
Bilik seminar Perpustakaan terdapat di aras 4. Bilik ini boleh memuatkan sehingga 78 orang mengikut gaya susunan kelas dan 112 orang untuk gaya susunan teater. Bilik ini diuruskan oleh Unit Rujukan dan tempahan boleh dibuat melalui borang atas talian.
Klik di sini untuk tempahan.
BILIK TAYANGAN
Perpustakaan menyediakan 2 unit bilik tayangan di aras 3. Bilik ini direka berdasarkan konsep pawagam dan dilengkapi dengan skrin putih, projektor dan sistem audio. Bilik tayangan utama boleh memuatkan seramai 63 orang pengguna, Manakala bilik tayangan 2 boleh memuatkan seramai 36 orang. Tempahan untuk menggunakan bilik-bilik ini boleh dibuat di Kaunter Mutimedia di aras 3.
Klik di sini untuk tempahan.
BILIK TRANSIT PENSYARAH
Bilik ini dikhaskan untuk ahli akademik yang bagi tujuan penyelidikan, membaca dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di perpustakaan. Ia terletak di aras 1 dan boleh diakses pada bila-bila masa semasa waktu perpustakaan beroperasi.
BILIK KAREL
Bilik Karel disediakan untuk pengguna yang ingin belajar secara bersendirian. Hanya seorang sahaja pengguna boleh menggunakan bilik ini dalam satu masa. Bilik ini dilengkapi dengan satu set meja belajar. Pengguna perlu mendaftar di Kaunter Sirkulasi terlebih dahulu sebelum menggunakan bilik karel.
MESIN PEMINJAMAN LAYAN DIRI
Perpustakaan menyediakan 6 unit Mesin Peminjaman Layan Diri di aras 1 untuk memudahkan pengguna melakukan proses peminjaman bahan secara layan diri. Oleh itu, proses peminjaman akan menjadi lebih cepat dan menjimatkan masa.
MESIN PEMULANGAN BAHAN LAYAN DIRI
Proses pemulangan bahan perpustakaan menjadi lebih mudah sejak kebelakangan ini. Perpustakaan menyediakan 2 unit Mesin Pemulangan bahan secara layan diri (di bangunan Perpustakaan dan Pusat Kemudahan Pelajar) yang beroperasi 24 jam sehari. Pengguna boleh memulangkan buku yang telah dipinjam pada bila-bila masa.
BILIK AUDIO
Bilik Audio Visual terletak di aras 3. Bilik ini dilengkapi dengan set audio, headphone, TV plasma, dan sofa yang paling selesa. Ia boleh memuatkan sehingga 10 orang pengguna pada satu masa. Bilik ini membolehkan pengguna mendengar dan menonton bahan audio visual seperti CD-ROM, VCD, dan DVD. Bilik ini diuruskan oleh Unit Multimedia dan tempahan boleh dibuat melalui borang atas talian.
PENTAS RUKNU ARABIY
Pentas Ruknu Arabi berada di Lobi Perpustakaan USIM. Sesuai sebagai lokasi untuk mengadakan majlis, forum atau seminar. Boleh menempatkan maksimum seramai 50 orang penonton serta dilengkapi dengan dua buah tv, sistem siar raya, sofa dan kerusi.
RUANG PERBINCANGAN TERBUKA LEARNING SPACE
Perpustakaan ini mempunyai 2 buah Ruang Perbincangan Terbuka yang dilengkapi dengan papan kaca dan mampu memuatkan sehingga 6 pengguna dalam satu masa. Ruang ini membolehkan pengguna berasa selesa dan ceria.
LEARNING SPACE LIBRARY POD
Library Pod menyediakan satu pentas mini yang dilengkapi dengan TV pintar skrin sentuh dan papan kaca. Tangga tempat duduk melengkung tersedia untuk memuatkan sehingga 30 pengguna pada satu masa. Sesuai untuk sesi kelas/tutorial, pengucapan awam atau pembentangan
LEARNING SPACE LIBRARY CUBES
Terdapat 3 buah Library Cube disediakan yang setiap satu menyediakan susunan tempat duduk yang boleh memuatkan sehingga 8 orang pengguna pada satu masa. Setiap Library Cube dilengkapi dengan TV Pintar, Mini PC, Webcam, fon pembesar suara, tetikus tanpa wayar dan papan kekunci. Sesuai untuk perbincangan kumpulan dan telesidang.
LEARNING SPACE eSPORTS ROOM
Bilik eSports ialah bilik permainan yang dilengkapi dengan 2 set Sony Playstation 5. Mampu memuatkan sehingga 4 orang pengguna pada satu masa.
LEARNING SPACE VR ROOM
Untuk pengalaman Realiti Maya terdapat 2 set set kepala Oculus Quest 2 VR tersedia untuk pengguna. Setiap set kepala VR dipasang dengan perisian dan aplikasi didik hibur.