BILIK PERBINCANGAN

Perpustakaan dilengkapi dengan 1 bilik perbincangan yang boleh memuatkan 8 orang pengguna dalam satu masa dan terhad kepada dua jam untuk setiap penggunaan. Bilik perbincangan ini juga dilengkapi dengan kemudahan wifi/internet, satu (1) unit papan putih, satu (1) unit TV Pintar dan satu (1) set meja perbincangan. Tempahan boleh dibuat dikaunter perkhidmatan perpustakaan.

MESIN PINJAMAN LAYAN DIRI

Perpustakaan menyediakan satu (1) unit Mesin Pinjaman Layan Diri untuk pengguna membuat pinjaman secara layan diri. Mesin Pinjaman Layan Diri hanya boleh digunakan oleh pengguna berdaftar sahaja. 

LOKER/RAK BEG

Perpustakaan menyediakan loker/rak untuk penyimpanan sementara beg dan barangan peribadi pengguna semasa operasi perpustakaan. Penggunaan loker/rak menyimpan beg adalah secara percuma.

SUDUT GAJET

Perpustakaan menyediakan sudut gajet yang dilengkapi dengan dua (2) unit komputer dan tiga (3) unit Ipad lengkap dengan sambungan internet untuk kemudahan pengguna. Penggunaan gajet ini disediakan secara percuma kepada pengguna berdaftar sahaja serta terhad satu jam bagi setiap penggunaan dan boleh dilanjutkan jika tiada tempahan dari pengguna lain. Pengguna perlu mendaftar di kaunter perkhidmatan perpustakaan sebelum menggunakan fasiliti ini.

OPAC 

Komputer dengan sambungan internet disediakan untuk kegunaan pengguna di perpustakaan untuk pencarian maklumat dari katalog perpustakaan