Program Pendidikan Pengguna bertujuan memberi pendedahan kepada pengguna untuk mengembangkan kemahiran maklumat dalam menggunapakai sepenuhnya sumber koleksi, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan. Kelas akan dijalankan pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Antara kandungan atau tawaran kelas adalah seperti berikut:
- Katalog Akses Awam Dalam Talian (OPAC)
- Semua pangkalan data dilanggan oleh perpustakaan
- e-Imtiyaz – repositori intelektual perpustakaan
- Penyelidikan dan penulisan tesis
- Mana-mana topik yang berkaitan dengan perkhidmatan maklumat atau permintaan pengguna
Sila klik di sini untuk membuat permohonan kelas pendidikan pengguna.