Akses Terbuka merupakan konsep maklumat secara atas talian yang percuma tanpa sekatan. Ia dilaksanakan kerana mampu untuk mempercepatkan penyebaran penemuan kajian, menggalakkan inovasi, memperkayakan pendidikan dan merangsang ekonomi untuk memperbaiki kebaikan masyarakat. Penyebaran ilmu dengan menggunakan akses terbuka tidak menggunakan sebarang kos. Platform akses terbuka iaitu Sistem Repositori Penyelidikan USIM akan dibangunkan untuk penulis dan penyelidik USIM memuat naik hasil penulisan dan penyelidikan mereka untuk capaian awam.

i- Meningkatkan Jumlah Sitasi

Impak penyelidikan adalah diukur menggunakan bilangan sitasi kepada artikel atau jurnal penerbitan. Jumlah sitasi yang tinggi amat penting kepada universiti dan penulis itu sendiri kerana ia akan memberi kesan kepada ranking dan rating universiti.

ii. Higher availablity and visibility

Boleh dirujuk oleh para sarjana dalam dan luar negara kerana ia boleh diakses dan dimuat turun artikel penuh secara percuma dan pantas melalui atas talian tanpa halangan atau sempadan. Ia juga dapat mengelakkan membayar yuran langganan atau pembelian artikel yang mahal. Selain itu, ia dapat meningkatkan penemuan output, menjadikannya lebih mudah bagi orang untuk mengetahui tentang penyelidikan yang dilakukan dan meningkatkan profil penyelidikan. Ini juga boleh membuka ruang untuk jalinan kerjasama di antara para penyelidik.

iii. Mengurangkan kos

Menghasilkan kos penerbitan yang rendah. Penulis tidak perlu lagi membayar yuran pemprosesan artikel yang tinggi kerana kebiasaannya yuran pemprosesan penerbitan akses terbuka lebih rendah daripada penerbitan atas talian atau bercetak.

iv. Mengurangkan tempoh penerbitan

Dapat mengurangkan tempoh proses penerbitan jika dibandingkan dengan proses penerbitan sedia ada.

Pengerusi
Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)

Setiausaha
Ketua Pustakawan
Jabatan Perpustakaan

Jawatankuasa Teknikal
– Pusat Akses Pembelajaran Terbuka Global, Teknologi Imersif & Rangkaian (GOAL-ITQAN)
– Jabatan Perpustakaan

Jawatankuasa Bahan
– Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI)
– Institut Sains Islam (ISI)
– Pusat Pengajian Siswazah (PPS)
– Fakulti-fakulti
– Kolej Genius Insan