LAWATAN DELEGASI PERPUSTAKAAN USIM KE SABAH

9 –  10 Januari 2023

Bertepatan dengan agenda USIM@Rakan Borneo, Perpustakaan USIM telah memulakan Langkah di awal tahun 2023 dengan berkunjung ke Sabah pada 9 dan 10 Januari 2023. Kunjungan ini bersempena lawatan kerja ke beberapa institusi di Sabah iaitu ke Universiti Malaysia Sabah (UMS), , Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Perpustakaan Negeri Sabah.

Lawatan kerja delegasi Perpustakaan USIM ini telah disertai oleh Ketua Pustakawan USIM, Puan Nor Azzah Momin. Timbalan Ketua Pustakawan, Encik Mohd Helmi Masor @ Mansor dan seorang Pustakawan Kanan, Encik Muhammad Hafizi Ahmad.

Lokasi pertama dikunjungi oleh para delegasi Perpustakaan USIM adalah ke Universiti Malaysia Sabah (UMS). Dua lokasi di UMS telah dikunjungi dengan dua matlamat berbeza. Pertama, mereka ke Perpustakaan UMS bagi tujuan penandaarasan serta menjalinkan hubungan kerjasama antara perpustakaan USIM dan Perpustakaan UMS. Lawatan telah disambut oleh Ketua Pustakawan UMS, Encik Md Sazali Md Salleh, Ketua Pustakawan Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Sejurus itu, mereka ke Galeri Azman Hashim, Universiti Malaysia Sabah bagi tujuan dan mendapatkan buah fikir dan pengalaman dalam penubuhan, perancangan dan pengoperasian galeri memandangkan Perpustakaan USIM sedang dalam usaha penubuhan Galeri di USIM. 

Hari kedua lawatan, para delegasi Perpustakaan USIM telah berkunjung ke Perpustakaan Baitul Hikmah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Sesi pertemuan bersama Ketua Unit Perpustakaan Baitul Hikmah JHEAINS telah diadakan selama 3 jam sebelum mesyuarat kerjasama dan khidmat nasihat bagi pembangunan Sistem Perpustakaan Baitul Hikmah oleh Pasukan KOHA Perpustakaan USIM dilaksanakan.

Lawatan diakhiri dengan kunjungan ke Perpustakaan Negeri Sabah (Cawangan Tanjung Aru) yang bertujuan perkongsian amalan terbaik serta meninjau peluang jalinan hubungan kerjasama antara Perpustakaan USIM diantara Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Tanjung Aru, Sabah.

Melalui kunjungan ke Sabah ini diharapkan Perpustakaan USIM dapat merealisasikan peluang-peluang yang ada disamping mendukung hasrat universiti menjadikan USIM sebagai Rakan Borneo tercapai.