SESI TEMUBUAL BAGI KERJA LAPANGAN PELAJAR FST

11 Januari 2023

Seramai 5 orang pelajar Fakulti Sains Teknologi (FST) yang diketuai oleh Saudari  Yasmin Iman Ahmad Soalahuddin Al-Thani telah berkunjung ke perpustakaan bagi tujuan menyempurnakan tugasan temubual bagi kerja lapangan subjek SKJ3133: Computer And Information Security Audit.

Sesi temubual ini melibatkan pegawai-pegawai daripada pegurusan tertinggi Perpustakaan USIM termasuk Ketua Pustakawan dan Ketua Jabatan.

Topik temubual yang dikemukakan sepanjang sesi adalah berkisar tentang Audit Kualiti Perpustakaan USIM serta beberapa soalan merangkumi pengurusan perpustakaan, koleksi bahan serta polisi dan prosedur perpustakaan.

Terima kasih atas temubual yang dijalankan. Diharapkan para pelajar ini dapat menyelesaikan tugasan lapangan ini dengan sebaiknya.