Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (RND), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengadakan lawatan semalam bagi membincangkan kerjasama dengan Perpustakaan USIM berkenaan capaian akses sumber maklumat berkaitan kajian dan penyelidikan JAIS.

Lawatan diketuai oleh Puan Maryam Md Zin, Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, JAIS serta hadir bersama empat lagi kakitangan dibahagian ini.

Sesi perbincangan dipengerusikan oleh Encik Ahmad Yazid Ahmad@Abdul Rahman, Ketua Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Perpustakaan USIM dan disertai oleh beberapa orang ketua bahagian, dan ketua unit.

Semasa sesi perbincangan Perpustakaan USIM turut memberikan konsultasi capaian kepada bahan ‘open access’ melalui Sistem Repository Penyelidikan USIM serta beberapa sumber bahan lain selain koleksi perpustakaan.

Diharapkan agar perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat penyelidikan di JAIS demi memperkasa ummah.
TERIMA KASIH atas kunjungan Jabatan Agama Islam Selangor

#USIMLibrary
#lawatanusim