Di bawah Program Libatsama Masyarakat (CSR), Perpustakaan USIM pada tahun ini telah melaksanakan bantuan sumbangan kemudahan asas kepada Muhammad Al-Fateh Home (Tahfiz), Kampung Bangi Lama, Kajang Selangor pada 3 September 2020.

Seperti yang telah dimaklumkan oleh pengetua, Muhammad Al-Fateh Home (Tahfiz) pernah mengalami banjir pada AidilAdha lalu dan kebanyakkan peralatan elektrik terjejas.  Berikutan situasi yang berlaku, Perpustakaan USIM terpanggil untuk menjalankan program ini bersama mereka.

Justeru, Pihak Perpustakaan USIM telah melancarkan kutipan dana secara dalaman dalam kalangan warga Perpustakaan USIM termasuk saudara dan rakan terdekat sahaja. Kutipan telah bermula pada pertengahan Ogos dan ditutup pada 28 Ogos 2020. Sumbangan telah diserahkan oleh Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Puan Marhaniza Abdul Halim kepada Ustazah Nur Syuhada mewakili pengetua pusat tahfiz.

Diharapkan dengan penyerahan kemudahan asas beserta wang tunai ini dapat membantu untuk melengkapkan keperluan mereka untuk terus beroperasi dengan lebih teratur.

Disediakan oleh:

Unit Komunikasi Korporat
Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia
71800 Nilai, Negeri Sembilan.