Bahagian Sokongan

Unit Pentadbiran
Unit Automasi

Pautan USIM


www.usim.edu.my 

Statistics

Visitors: 436988





Lost Password?
 border=
Laman Utama
Perkhidmatan 'SDI' dan ' XBS'

Pengguna Perpustakaan USIM yang berdaftar kini boleh menikmati kemudahan Selective Dissemination of Information (SDI) ataupun dikenali dengan Penyebaran Maklumat Terpilih dan Extended Bibliographic Service (XBS) Enrichment Content secara atas talian dengan melayari webOPAC Perpustakaan USIM di alamat  http://library.usim.edu.my.

Bagi perkhidmatan SDI pengguna perpustakaan hanya perlu login pada “Patron Access” di laman webOPAC. Perkhidmatan ini akan menawarkan  maklumat bahan kepada pengguna melalui email. Maklumat yang akan diberikan adalah berkaitan dengan pilihan subjek yang ditetapkan pada akaun berkenaan. Melalui perkhidmatan ini, pengguna boleh mengetahui subjek bahan yang ada di dalam koleksi Perpustakaan dan bahan-bahan yang baru diperolehi oleh pihak Perpustakaan.

XBS merupakan maklumat tambahan kepada maklumat bibliografik sediaada yang mana akan dipaparkan pada keputusan hasil carian bahan perpustakaan USIM. Melalui perkhidmatan XBS ini, pengguna akan dipaparkan maklumat tambahan seperti gambar kulit buku, nota pengarang dan isi kandungan bagi sesebuah buku. Secara kebiasaannya di dalam pencarian bahan di webOPAC  Perpustakaan USIM, pengguna akan dimaklumkan maklumat yang berkaitan nombor panggilan, status, lokasi,item barkod dan bilangan naskah. Dengan kemudahan ini, ia akan memudahkan para pengguna mengenalpasti maklumat bahan yang diperlukan sebelum membuat pencarian di rak.

Untuk pertanyaan penggunaan dengan lebih lanjut, sila berhubung dengan Pustakawan di Meja Penasihat Maklumat atau emailkan pertanyaan kepada This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it atau  This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it .

 
Pemantapan Perkhidmatan Perpustakaan

Perkhidmatan perpustakaan USIM dipertingkatkan pada tahun 2009 dengan penawaran beberapa lagi perkhidmatan yang mana sebelum ini tidak dapat ditawarkan kepada semua warga USIM. Antara perkhidmatan baru yang ditawarkan bagi kemudahan semua pengguna perpustakaan adalah seperti kemudahan bilik audio, bilik tayangan, bilik seminar, bilik perbincangan, bilik karel, zon hotspot dan makmal komputer.

Perpustakaan USIM juga telah membuka operasi Perpustakaan pada hari Sabtu dan Ahad mulai jam 10.00 pagi sehingga 4.00 petang berikutan permintaan dan sambutan yang menggalakkan oleh pengguna Perpustakaan. Selain itu juga, khidmat Pegawai Rujukan Maklumat dipanjangkan sehingga jam 10.00 malam bagi membantu pengguna Perpustakaan dalam pencarian bahan maklumat  dengan cepat dan tepat.

Perkhidmatan secara layan diri juga dipertingkatkan lagi dengan penambahan bilangan terminal SelfCheck, mesin BookDrop dan terminal OPAC bagi pencarian bahan perpustakaan. Diharapkan tahun 2009 memberi sinar baru kepada semua pengguna Perpustakaan USIM dalam usaha mempertingkatkan dan memperkembangkan ilmu pengetahuan untuk bangsa dan negara tercinta.

 

Kalendar

July 2009 August 2009
Mo Tu We Th Fr Sa Su
Week 27 1 2 3 4 5
Week 28 6 7 8 9 10 11 12
Week 29 13 14 15 16 17 18 19
Week 30 20 21 22 23 24 25 26
Week 31 27 28 29 30 31

Aktiviti Terkini

There are no upcoming events currently scheduled.
View Full Calendar

WAKTU OPERASI

Nilai Pandan Indah
Normal Hour
Monday - Friday
8.00 AM - 10.00 PM

Saturday - Sunday

10.00 AM - 4.00 PM

Semester Break
Monday - Thursday
8.00 AM - 1.00 PM
2.00 PM - 5.00 PM

Friday
8.00 AM - 12.15 PM
2.45 PM - 5.00 PM

Normal Hour
Monday - Friday
8.00 AM - 9.00 PM 
 
Saturday
8.00 AM - 1.00 PM

Semester Break
Monday - Thursday
8.00 AM - 1.00 PM
2.00 PM - 5.00 PM

Friday
8.00 AM - 12.15 PM
2.45 PM - 5.00 PM

Bancian

Pangkalan data atas talian yang manakah kerapkali anda gunakan di dalam pencarian bahan maklumat?
 
Jabatan Perpustakaan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai
71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel: +606-798 6201 Faks: +606-799 3508

Hakcipta © 2007-2009 Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia. Semua Hakcipta Terpelihara.