[PERPUSTAKAAN USIM ADAKAN LATIHAN KEBAKARAN]

 
Sebagai persediaan menghadapi situasi tidak dijangka, Perpustakaan USIM telah mengadakan latihan kebakaran untuk kakitangan serta pengunjungnya pada selasa lalu 26 Julai 2022.
 
Program latihan kebakaran dan demonstrasi memadamkan api tu diadakan selama satu jam di kawasan berkumpul berhadapan bangunan perpustakaan. Latihan ini turut membabitkan kakitangan Jabatan Perpustakaan dan Bahagian Penerbitan USIM, pekerja kontrak, pelajar dan pengguna perpustakaan.
 
Latihan telah disertai seramai 12 orang anggota Pasukan JKKP Perpustakaan USIM, Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH) USIM dan 8 orang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Negeri Sembilan.
 
Latihan ini telah dikendalikan oleh En Khairullizal bin Abu Kasim, Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba Nilai.
TERIMA KASIH kepada semua yang terlibat dan pihak Balai Bomba Nilai, Negeri Sembilan.