Ahli Lembaga Pengarah USIM, Hj Mohd Nazree Hj. Mohd Yunus telah mengadakan kunjungan hormat ke Perpustakaan USIM pada Rabu, 8 Disember 2021.

Delegasi yang diketuai oleh salah seorang Ahli Lembaga Pengarah USIM ini turut diiringi oleh Encik Muhammad Saedi Abdul Maad, Penasihat Kehormat Pertubuhan Pertubuhan Gagasan Minda Merdeka (GMM) dan dua orang pegawai dengan membawa bersama sebanyak 20 buah naskah buku terbitan Pertubuhan Gagasan Minda Merdeka.

Karya pantun Tuan Hj Mohd Nazree Hj. Mohd Yunus yang telah dimuatkan dalam buku yang bertajuk Antologi Pantun: Teguh Integriti, Kukuh Pertiwi telah diperkenalkan kepada Ketua Pustakawan USIM, Puan Nor Azzah Momin semasa sesi ini.

Penerbitan buku antologi pantun ini menunjukkan bahawa kaedah yang pelbagai perlu digunakan dalam usaha mendidik masyarakat tentang integriti. Sebanyak 191 pantun telah terkandung dalam buku Antologi Pantun ini dan beberapa individu dan tokoh terlibat dalam menyumbangkan karya.

Dalam kunjungan itu, simbolik penyerahan buku telah disempurnakan di Lobi Perpustakaan USIM oleh Ahli Lembaga Pengarah USIM, Hj Mohd Nazree Hj. Mohd Yunus kepada Ketua Pustakawan USIM dan turut disaksikan oleh Puan Hasmida Saleh, Timbalan Ketua Pustakawan dan Encik Ahmad Yazid Ahmad@Abdul Rahman Pustakwan Kanan USIM.

Terima kasih atas kunjungan hormat dan sumbangan yang diberikan.

 
Disediakan oleh :
Seksyen Komunikasi Korporat
Perpustakaan USIM