PENANDAARASAN PERPUSTAKAAN DIGITAL OLEH POLITEKNIK SELURUH MALAYSIA

Perpustakaan USIM telah dikunjungi oleh Pustakawan dan Penolong Pustakawan daripada Politeknik Premier, Konvensional dan Politeknik Metro seluruh Malaysia pada Rabu, 27 Julai 2022 lalu.
Lawatan Penandaarasan ini bersempena Program Bengkel Perpustakaan Digital Politeknik Malaysia yang telah dianjurkan oleh Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Seramai 29 orang telah menyertai lawatan ini diketuai oleh Puan Norhayati Majid Ketua Unit Perpustakaan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Lawatan ini adalah bertujuan untuk menandaaras pelaksanaan Perpustakaan Digital di Perpustakaan USIM.
Alu-aluan kepada para delegasi telah disampaikan oleh Puan Nor Azzah Momin, Ketua Pustakawan USIM manakala taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Helmi Masor @ Mansor, Ketua Bahagian Teknologi dan Repositori Perpustakaan USIM.
Sistem Perpustakaan Bersepadu – KOHA antara yang menjadi tumpuan peserta semasa sesi taklimat ini berdasarkan pengalaman Perpustakaan USIM menggunapakai KOHA mulai tahun 2016.
Turut sama semasa sesi lawatan ini adalah Ketua- Ketua Bahagian, Pustakawan dan Penolong Pendaftar.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dalam usaha menambah baik sistem Perpustakaan Politeknik di bawah Kementeria Pengajian Tinggi Malaysia.
Terima Kasih atas kunjungan semua.