Akses Terbuka merupakan konsep maklumat secara atas talian yang percuma tanpa sekatan. Ia dilaksanakan kerana mampu untuk mempercepatkan penyebaran penemuan kajian, menggalakkan inovasi, memperkayakan pendidikan dan merangsang ekonomi untuk memperbaiki kebaikan masyarakat. Penyebaran ilmu dengan menggunakan akses terbuka tidak menggunakan sebarang kos. Platform akses terbuka iaitu Sistem Repositori Penyelidikan USIM akan dibangunkan untuk penulis dan penyelidik USIM memuat naik hasil penulisan dan penyelidikan mereka untuk capaian awam.

i- Meningkatkan Jumlah Sitasi

Impak penyelidikan adalah diukur menggunakan bilangan sitasi kepada artikel atau jurnal penerbitan. Jumlah sitasi yang tinggi amat penting kepada universiti dan penulis itu sendiri kerana ia akan memberi kesan kepada ranking dan rating universiti.

ii. Higher availablity and visibility

Boleh dirujuk oleh para sarjana dalam dan luar negara kerana ia boleh diakses dan dimuat turun artikel penuh secara percuma dan pantas melalui atas talian tanpa halangan atau sempadan. Ia juga dapat mengelakkan membayar yuran langganan atau pembelian artikel yang mahal. Selain itu, ia dapat meningkatkan penemuan output, menjadikannya lebih mudah bagi orang untuk mengetahui tentang penyelidikan yang dilakukan dan meningkatkan profil penyelidikan. Ini juga boleh membuka ruang untuk jalinan kerjasama di antara para penyelidik.

iii. Mengurangkan kos

Menghasilkan kos penerbitan yang rendah. Penulis tidak perlu lagi membayar yuran pemprosesan artikel yang tinggi kerana kebiasaannya yuran pemprosesan penerbitan akses terbuka lebih rendah daripada penerbitan atas talian atau bercetak.

iv. Mengurangkan tempoh penerbitan

Dapat mengurangkan tempoh proses penerbitan jika dibandingkan dengan proses penerbitan sedia ada.

Pengerusi
Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)

Setiausaha
Ketua Pustakawan
Jabatan Perpustakaan

Jawatankuasa Teknikal
– Pusat Akses Pembelajaran Terbuka Global, Teknologi Imersif & Rangkaian (GOAL-ITQAN)
– Jabatan Perpustakaan

Jawatankuasa Bahan
– Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI)
– Institut Sains Islam (ISI)
– Pusat Pengajian Siswazah (PPS)
– Fakulti-fakulti
– Kolej Genius Insan

Dasar Keselamatan ICT USIM

Dasar Keselamatan ICT mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan aset teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) USIM. Dasar ini juga menerangkan kepada semua pengguna di USIM mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT USIM.

DASAR KESELAMATAN ICT USIM

Dasar Harta intelek USIM

Dasar Harta intelek USIM disediakan untuk memberi panduan kepada staf (akademik dan pentadbiran), pelajar USIM, pelawat dan pihak luar mengenai amalan universiti berkaitan pengurusan Harta Intelek di USIM

DASAR HARTA INTELEK USIM

1. Apakah Repositori Penyelidikan USIM?

Sistem Repositori Penyelidikan USIM adalah platform akses terbuka yang dibangunkan untuk penulis dan penyelidik USIM memuat naik hasil penulisan dan penyelidikan mereka untuk capaian awam.

2. Adakah saya perlu mendaftarkan akaun dengan Repositori Penyelidikan USIM?

Ya, setiap penulis/penyelidik di USIM perlu mendaftar dengan Repositori Penyelidikan USIM untuk tujuan memuat naik bahan penulisan ke dalam sistem ini.

3. Bagaimanakah kaedah untuk saya menyerahkan karya / penerbitan saya ke dalam Sistem Repositori Penyelidikan USIM?

Terdapat dua kaedah serahan sama serahan iaitu menghantar bahan ke Unit Pengurusan Repositori atau kaedah self deposit iaitu memuat naik hasil penyelidikan ke dalam Sistem Repositori Penyelidikan USIM selepas mendapat pengesahan untuk diterbitkan oleh pihak penerbit. Versi yang dimuat naik adalah versi yang telah diluluskan/dibenarkan oleh penerbit atau penganjur.

4. Bagaimanakah kaedah untuk saya mengenalpasti status bahan samada open access atau akses terhad sebelum dimuat naik ke dalam Sistem Repositori Penyelidikan USIM?

Semakan bahan boleh dibuat melalui laman web Sherpa Romeo http://www.sherpa.ac.uk/romeo.php (UK sahaja) atau mendapatkan kebenaran hakcipta daripada penerbit yang telah menerbitkan penerbitan tersebut dengan menggunakan borang di LAMPIRAN A

5. Bagaimanakah kaedah untuk saya mengenalpasti penerbitan saya di dalam Repositori Penyelidikan USIM?

Carian boleh dibuat melalui Sistem Repositori Penyelidikan dengan memasukkan Kata kunci ‘Keyword’ bahan atau carian melalui Profil Penyelidik.

6. Apakah penerbitan yang perlu dimuat naik ke Sistem Repositori Penyelidikan USIM?

Bahan-bahan yang perlu dimuat naik adalah artikel ilmiah, kertas seminar/Persidangan, laporan penyelidikan, buku, bab dalam buku serta Tesis pelajar Siswazah (Sarjana & PHD).

7. Apakah versi penerbitan yang perlu dimuat naik ke Sistem Repositori Penyelidikan USIM?

Versi penerbitan yang perlu dimuat naik adalah bergantung kepada hak cipta penerbitan. Terdapat 3 versi penerbitan yang boleh dimuat naik iaitu:Pre Print, Post Print dan Publisher Version

8. Bolehkah Sistem Repositori Penyelidikan USIM diakses dari jarak jauh atau hanya boleh diakses melalui PC di Perpustakaan sahaja?

Sistem Repositori Penyelidikan USIM boleh diakses di mana-mana sahaja selagi ada capaian kepada internet.

9. Siapa yang harus saya hubungi sekiranya saya memerlukan bantuan atau maklumat lebih lanjut berkaitan serahan bahan ke Sistem Repositori Penyelidikan USIM ini?

Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh emelkan ke library@usim.edu.my