LAWATAN PENANDAARASAN OLEH KETUA PUSTAKAWAN UMS

 
Perpustakaan USIM telah menerima kunjungan lawatan penandaarasan daripada Encik Md Sazali Md Salleh, Ketua Pustakawan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 27 Julai 2022 lalu.
 
Turut bersama dalam lawatan ini adalah dua orang Timbalan Ketua Pustakawan UMS, Puan Rosnitah Gumpar dan Encik Md Kamil Abdullah.
 
Sebelumnya, delegasi telah berkunjung ke Pejabat Naib Canselor USIM pada jam 8.00 pagi sebelum meneruskan lawatan ke Perpustakaan USIM. Sejurus pertemuan dengan Naib Canselor USIM, delegasi dibawa ke Bilik Mesyuarat Utama Aras 4 Perpustakaan USIM bagi sesi taklimat dan perbincangan mengenai penandaarasan Koleksi Islam di Perpustakaan USIM.
 
Taklimat perpustakaan disampaikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan USIM, Puan Marhaniza Abdul Halim dan turut hadir semasa sesi ini Puan Nor Azzah Momin, Ketua Pustakawan USIM dan ketua-ketua bahagian.
 
Semoga lawatan ini dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak USIM dan UMS.