Melalui Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.5/2018 pada 27 Jun 2018 telah memutuskan untuk menghidupkan kembali Kempen Membaca Kebangsaan bermula tahun 2018 sehingga tahun 2020 bagi mewujudkan negara membaca pada tahun 2030.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan untuk melaksanakan kempen Dekad Membaca Kebangsaan(DMK) 2021-2030 yang bertujuan mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara berbudaya membaca dan menjadikan rakyat Malaysia sebagai bangsa berilmu bertaraf dunia.

Jabatan Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Jawatankuasa Ketua Pustakawan Universiti Awam telah mengambil inisiatif dan menyokong aspirasi ini, maka Program Read@Uni telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan melalui perpustakaan di semua Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta. Objektif ini adalah untuk mempergiatkan aktiviti galakan membaca di kalangan mahasiswa, pensyarah dan warga institusi.

“With Knowledge We Lead”

Slogan “With Knowledge We Lead” diyakini akan dapat menyemarakkan lagi pembacaan di kalangan kumpulan sasaran. Sehubungan itu, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta haruslah mengambil tindakan dan inisiatif untuk menggerakkan aktiviti galakan membaca bagi melahirkan warga yang berbudaya membaca dan mencintai ilmu, seterusnya dapat merealisasikan agenda kerajaan untuk melahirkan masyarakat membaca menjelang tahun 2030. Kajian yang dilaksanakan pada tahun 2005 iaitu mengenai membaca menunjukkan jumlah bahan yang dibaca adalah sebanyak 10,310 buku oleh rakyat Malaysia.

Majlis Pelancaran Read@Uni

Majlis Pelancaran Iqra@USIM

Penjenamaan Iqra’@USIM telah dipersetuju rentetan daripada perbincangan dalam Mesyuarat Jawatakuasa Pengurusan Universiti Bil.29 pada 23 November 2018 sekaligus menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia dibawah Jabatan Pengajian Tinggi untuk melaksanakan program Read@Uni diperingkat Institusi Pengajian Tinggi Malaysia.

Sehubungan itu, mesyuarat telah melantik Ahli Jawatankuasa Pelaksana Penggiatan Budaya IQRA’ di USIM (Iqra’@USIM) sebagai penggerakkan program yang dilaksanakan di USIM.

Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman
Timbalan Naib Canselor
(Akademik dan Antarabangsa)

Pn. Nor Azzah Momin
Ketua Pustakawan
Jabatan Perpustakaan

Puan Alifah Hj. Hamid
Pengarah
Pusat Tamhidi

Dr. Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali
Pengarah
Pusat Pengajian Teras

Pn. Khadijah Chamili
Pengarah (menjalankan tugas)
Goal- Itqan

Prof. Madya Dr. Abdul Rahim Zumrah
Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa)
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan

Prof. Madya Dr. Juliana Jamal
Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa)
Fakulti Sains dan Teknologi

Dr. Haliza Harun
Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa)
Fakulti Pengajian Bahasa Utama

Dr. Mohd Zohdi Mohd Amin
Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa)
Fakulti Pengajian Quran dan Sunah

Dr. Azni Haslizan Ab Halim
Timbalan Dekan
Pusat Pengajian Siswazah

En. Nasrul Hakim Ahmad
Ketua Bahagian
Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Pn. Hariza Mohd Yusof
Ketua Bahagian
Bahagian Penerbitan

Pn. Marhaniza Abdul Halim
Timbalan Ketua Pustakawan
Jabatan Perpustakaan

Pn. Hasmida Saleh
Timbalan Ketua Pustakawan
Jabatan Perpustakaan

En. Mohd Helmi Masor@Mansor
Pustakawan Kanan
Jabatan Perpustakaan

Pn. Rozana Kamdani
Pustakawan Kanan
Jabatan Perpustakaan

Pn. Lukman Anwar Arifin
Pustakawan Kanan
Perpustakaan Cawangan Pandan Indah

Dr. Nurul Farihan Mohamed
Penyelaras
Perpustakaan Cawangan Kolej Permata Insan

En. Muhsin Hatmi Rosli
Majlis Perwakilan Pelajar
Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Cik Dayang Norsakinah Ahmad
Kelab Sahabat Kembara Ilmu
Jabatan Perpustakaan

En. Muhammad Adam
Kelab Debat
Bahagian Hal Ehwal Pelajar

En. Abdul Hadi Hasni
Sekretariat pendakwah Muda
Bahagian Hal Ehwal Pelajar

En. Ahmad Fikri
Kelab Sejarah
Bahagian Hal Ehwal Pelajar

PROGRAM PENDIDIKAN PENGGUNA
En Salbihan Salman
Unit Rujukan, Bahagian Perkhidmatan Maklumat
06-7986243 / 7986245

LITTLE FREE LIBRARY
Sukarelawan Little Free Library Perpustakaan USIM
06-798 6207 (Urus setia) 06 – 798 6217 (Promosi) 06-798 6213 (Perolehan)

SERONOKNYA MEMBACA
Pn Rozana Kamdani Bahagian Perkhidmatan Maklumat
06-798 6207

PROGRAM BACAAN PANTAS / SPEED READING
En Ahmad Yazid B. Ahmad @ Abdul Rahman
USIM Library Speed Reading Team
06-798 6209

KURSUS PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH
Pn Hafizah Badri
Unit Komunikasi Korporat
06-798 6213

KELAS KEMAHIRAN MENDELEY
En Salbihan Salman
Unit Rujukan, Bahagian Perkhidmatan Maklumat
06-7986243 / 7986245

BENGKEL PENULISAN
Bahagian Pengurusan Hubungan Korporat
06-798 6213 / 06-798 6204

SYARAT PERTANDINGAN HARI BUKU SEDUNIA 2020

1. Pertandingan Bercerita (Sekolah Rendah)
1.1 Syarat penyertaan

  • Terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah yang terletak dalam kawasan Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya dan Pahang.
  • Penyertaan adalah dalam bentuk individu.
  • Penyertaan dibuka mulai 15 Mei 2020 sehingga 15 Julai 2020.
  • Penyertaan adalah dalam bentuk video dan penerangan lanjut akan diberikan di bahagian format pertandingan.

1.2 Syarat pertandingan

  • Peserta perlu bercerita berdasarkan satu bahan bacaan (buku) yang dipilih dan merakamkan dalam bentuk video.
  • Cerita atau kisah yang dipilih mestilah mempunyai pengajaran dan impak yang baik kepada masyarakat.
  • Peserta perlu menggunakan Bahasa Melayu semasa bercerita.
  • Peserta perlu mempamerkan buku yang dipilih semasa membuat persembahan.
  • Peserta bebas membuat persembahan penceritaan mengikut kreativiti masing-masing.
  • Pakaian yang bersesuaian boleh dipakai semasa bercerita.
  • Peserta tidak dibenarkan mengutarakan sebarang isu yang bersifat sensitif berkaitan
    agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang.
  • Hak cipta karya yang menyertai pertandingan adalah milik penganjur. Penganjur berhak menerbitkan karya dalam apa-apa juga bentuk penerbitan. Segala bentuk penerbitan oleh mana-mana pihak lain adalah tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran penganjur.
  • Keputusan panel hakim adalah muktamad.

1.3 Format pertandingan

  • Peserta perlu merakam persembahan dengan durasi maksimum selama 8 minit sahaja.
  • Video yang dihasilkan mestilah dalam format MP4.
  • Peserta boleh menggunakan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan video.
  • Pemarkahan dan penghakiman akan dinilai berdasarkan:
      • i. Isi dan mesej : 30%
        Peserta akan diadili dari segi pengutaraan idea yang bernas berdasarkan kisah
        yang diceritakan.
        ii. Kreativiti : 20%
        Setiap penyertaan akan diadili dari segi kreativiti penghasilan video yang menarik
        dan audio yang jelas.
        iii. Gaya penyampaian : 20%
        Peserta akan diadili dari segi persembahan yang lancar dan meyakinkan, gaya
        pergerakan dan bahasa badan yang bersesuaian.
        iv. Bahasa : 20%
        Peserta akan diadili dari segi penguasaan bahasa yang baik, jelas dan tepat
        (struktur dan sebutan) serta gaya yang berkesan iaitu tepat kepada maksud yang
        hendak disampaikan.
        v. Intonasi dan kefasihan : 10%
        Peserta akan diadili dari segi lontaran suara dan nada yang bersesuaian. Peserta
        juga perlu fasih dan lancar dalam menyampaikan cerita.

1.4 Kaedah penyertaan

  • Peserta perlu memuat naik video yang dihasilkan ke dalam aplikasi awan Google Drive milik peserta.
  • Peserta perlu kongsikan pautan video berkenaan kepada urus setia dengan memasukkan e-mel salbihan@usim.edu.my.
  • Peserta perlu menyertakan maklumat lengkap pada ruang mesej/nota Google Drive:
    i. Nama penuh
    ii. No. MyKad
    iii. Nama dan alamat lengkap sekolah
    iv. No. Telefon

SYARAT PERTANDINGAN HARI BUKU SEDUNIA 2020

1. Pertandingan Pidato (Sekolah Menengah)
1.1 Syarat penyertaan

  • Terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah yang terletak dalam kawasan Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya dan Pahang.
  • Penyertaan adalah dalam bentuk individu.
  • Penyertaan dibuka mulai 15 Mei 2020 sehingga 15 Julai 2020.
  • Penyertaan adalah dalam bentuk video dan penerangan lanjut akan diberikan di
    bahagian format pertandingan.

1.2 Syarat pertandingan

  • Tajuk pidato adalah “Membina masyarakat berilmu: peranan siapa?”
  • Peserta merakamkan pidato berkenaan dalam bentuk video.
  • Pidato mesti disampaikan dalam Bahasa Melayu.
  • Peserta tidak dibenarkan mengutarakan sebarang isu yang bersifat sensitif berkaitan agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang.
  • Peserta tidak dibenarkan menggunakan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan.
  • Peserta boleh menggunakan pakaian yang bersesuaian.
  • Peserta tidak dibenarkan mengutarakan sebarang isu yang bersifat sensitif berkaitan agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang.
  • Hak cipta karya yang menyertai pertandingan adalah milik penganjur. Penganjur berhak menerbitkan karya dalam apa-apa juga bentuk penerbitan. Segala bentuk penerbitan oleh mana-mana pihak lain adalah tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran penganjur.
  • Keputusan panel hakim adalah muktamad.

1.3 Format pertandingan

  • Peserta perlu merakam persembahan dengan durasi maksimum selama 8 minit sahaja.
  • Video yang dihasilkan mestilah dalam format MP4.
  • Peserta boleh menggunakan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan video.
  • Pemarkahan dan penghakiman akan dinilai berdasarkan:
      • i. Isi dan mesej : 30%
        Setiap penyertaan akan diadili dari segi pengutaraan isi-isi yang bernas, data-data
        yang tepat serta logik termasuk penghuraian.
        ii. Kreativiti : 20%
        Setiap penyertaan akan diadili dari segi kreativiti penghasilan video yang menarik
        dan audio yang jelas.
        iii. Gaya penyampaian : 20%
        Peserta akan diadili dari segi persembahan yang lancar dan meyakinkan, gaya
        pergerakan dan bahasa badan yang bersesuaian.
        iv. Bahasa : 20%
        Setiap penyertaan akan diadili dari segi penguasaan bahasa yang baik, jelas dan
        tepat (struktur dan sebutan) serta gaya yang berkesan iaitu tepat kepada maksud
        yang hendak disampaikan.
        v. Intonasi dan kefasihan : 10%
        Setiap penyertaan akan diadili dari segi lontaran suara dan nada yang bersesuaian.
        Pemidato juga perlu fasih dan lancar dalam menyampaikan idea.

1.4 Kaedah penyertaan

  • Peserta perlu memuat naik video yang dihasilkan ke dalam aplikasi awan Google Drive milik peserta.
  • Peserta perlu kongsikan pautan video berkenaan kepada urus setia dengan memasukkan e-mel salbihan@usim.edu.my.
  • Peserta perlu menyertakan maklumat lengkap pada ruang mesej/nota Google Drive:
    i. Nama penuh
    ii. No. MyKad
    iii. Nama dan alamat lengkap sekolah
    iv. No. Telefon

SYARAT PERTANDINGAN HARI BUKU SEDUNIA 2020

1. Pertandingan Gurindam 
1.1 Syarat penyertaan

  • Terbuka kepada semua pelajar universiti awam dan swasta yang terletak dalam kawasan Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya dan Pahang.
  • Penyertaan adalah dalam bentuk individu.
  • Penyertaan dibuka mulai 15 Mei 2020 sehingga 15 Julai 2020.
  • Penyertaan adalah dalam bentuk video dan penerangan lanjut akan diberikan di bahagian format pertandingan.

1.2 Syarat pertandingan

  • Peserta perlu bergurindam dan merakamkan persembahan berkenaan dalam bentuk video.
  • Peserta boleh memilih sebarang bentuk gurindam yang terdapat di dalam buku atau pun sumber lain.
  • Gurindam yang dipilih mestilah mempunyai nilai-nilai murni dan berunsur nasihat.
  • Peserta perlu menyatakan tajuk gurindam, sumber diperolehi, dan menyertakan nama
    penulis gurindam di awal persembahan.
  • Muzik iringan yang bersesuaian adalah dibenarkan.
  • Peserta boleh menggunakan pakaian yang bersesuaian.
  • Peserta tidak dibenarkan mengutarakan sebarang isu yang bersifat sensitif berkaitan
    agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang.
  • Hak cipta karya yang menyertai pertandingan adalah milik penganjur. Penganjur
    berhak menerbitkan karya dalam apa-apa juga bentuk penerbitan. Segala bentuk
    penerbitan oleh mana-mana pihak lain adalah tidak dibenarkan kecuali dengan
    kebenaran penganjur.
  • Keputusan panel hakim adalah muktamad.

1.3 Format pertandingan

  • Peserta perlu merakam persembahan dengan durasi maksimum selama 8 minit sahaja.
  • Video yang dihasilkan mestilah dalam format MP4.
  • Peserta boleh menggunakan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan video.
  • Pemarkahan dan penghakiman akan dinilai berdasarkan:
      • i. Gaya penyampaian : 30%
        Setiap penyertaan akan diadili dari segi persembahan, gaya pergerakan dan
        bahasa badan yang menarik serta bersesuaian.

        ii. Kreativiti : 30%
        Setiap penyertaan akan diadili dari segi kreativiti penghasilan video yang menarik,
        audio yang jelas dan grafik yang bersesuaian.

        iii. Intonasi dan irama : 30%
        Setiap penyertaan akan diadili dari segi susunan irama yang menarik, lontaran
        suara yang jelas dan nada yang bersesuaian.

        iv. Nilai murni : 10%
        Setiap penyertaan akan diadili dari segi pemilihan gurindam yang mempunyai nilai
        murni dan unsur nasihat.

1.4 Kaedah penyertaan

  • Peserta perlu memuat naik video yang dihasilkan ke dalam aplikasi awan Google Drivemilik peserta.
  • Peserta perlu kongsikan pautan video berkenaan kepada urus setia dengan memasukkan e-mel salbihan@usim.edu.my.
  • Peserta perlu menyertakan maklumat lengkap pada ruang mesej/nota Google Drive:
    i. Nama penuh
    ii. No. MyKad
    iii. Nama dan alamat lengkap Institut Pengajian Tinggi
    iv. No. Telefon

SYARAT PERTANDINGAN HARI BUKU SEDUNIA 2020

1. Pertandingan Resensi Buku
1.1 Syarat penyertaan

  • Terbuka kepada semua pelajar universiti awam dan swasta yang terletak dalam kawasan Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya dan Pahang.
  • Penyertaan adalah dalam bentuk individu.
  • Penyertaan dibuka mulai 15 Mei 2020 sehingga 15 Julai 2020.
  • Penyertaan adalah dalam bentuk video dan penerangan lanjut akan diberikan di
    bahagian format pertandingan.

1.2 Syarat pertandingan

  • Peserta perlu membuat resensi atau mengulas buku dan merakamkan persembahan resensi atau ulasan berkenaan dalam bentuk video.
  • Peserta boleh memilih genre buku yang bersesuaian.
  • Buku yang dipilih mestilah mempunyai nilai-nilai murni dan impak yang baik kepada
    masyarakat.
  • Peserta perlu menyatakan tajuk buku, penulis, dan sumber diperolehi di awal resensi.
  • Peserta boleh memakai pakaian yang bersesuaian.
  • Peserta tidak dibenarkan mengutarakan sebarang isu yang bersifat sensitif berkaitan
    agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang.
  • Hak cipta karya yang menyertai pertandingan adalah milik penganjur. Penganjur
    berhak menerbitkan karya dalam apa-apa juga bentuk penerbitan. Segala bentuk
    penerbitan oleh mana-mana pihak lain adalah tidak dibenarkan kecuali dengan
    kebenaran penganjur.
  • Keputusan panel hakim adalah muktamad.

1.3 Format pertandingan

  • Peserta perlu merakam persembahan dengan durasi maksimum selama 8 minit sahaja.
  • Video yang dihasilkan mestilah dalam format MP4.
  • Peserta boleh menggunakan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan video.
  • Pemarkahan dan penghakiman akan dinilai berdasarkan:
      • i. Gaya penyampaian : 30%
        Setiap penyertaan akan diadili dari segi persembahan, gaya pergerakan dan
        bahasa badan yang menarik serta bersesuaian.

        ii. Kreativiti : 30%
        Setiap penyertaan akan diadili dari segi kreativiti penghasilan video yang menarik,
        audio yang jelas dan grafik yang bersesuaian.

        iii. Intonasi : 20%
        Setiap penyertaan akan diadili dari segi susunan irama yang menarik, lontaran
        suara yang jelas dan nada yang bersesuaian.

        iv. Nilai murni : 20%