Nilai – Perpustakaan USIM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (Wilayah Tengah) sedang menganjurkan beberapa pertandingan menarik bersempena Sambutan Hari Buku Sedunia 2020 (HBS 2020) peringat USIM yang telah disambut pada April lalu. Sambutan HBS 2020 USIM pada kali ini agak berbeza dalam norma baharu dan situasi Perintah Kawalan Pergerakan.
Pertandingan dalam sambutan HBS 2020 USIM mengandungi empat kategori dengan kumpulan sasaran yang berbeza, dan pemenang dalam setiap kategori akan memenangi hadiah-hadiah lumayan dan menarik. Pertandingan adalah seperti berikut :
1) Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah
2) Pertandingan Pidato Sekolah Menengah
3) Pertandingan Gurindam Institusi Pengajian Tinggi
4) Resensi Buku Institusi Pengajian Tinggi
Tiga hadiah utama berupa wang tunai, buku dan sijil disamping lima hadiah sagu hati berupa wang tunai, buku dan sijil ditawarkan kepada pemenang pertandingan.
Pertandingan ini terbuka kepada peserta dari sekolah dan institusi pengajian tinggi kawasan wilayah tengah iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya dan Pahang. Penyertaan hendaklah dikemukakan mulai 15 Mei 2020 (Jumaat) dan akan berakhir pada 15 Julai 2020 (Isnin).
Maklumat lanjut dan syarat-syarat penyertaan boleh diperoleh melalui laman sesawang Perpustakaan http://lib.usim.edu.my/
Oleh itu, Perpustakaan USIM mengalu-alukan penyertaan anda dalam kesemua pertandingan yang ditawarkan.
Semoga Berjaya.
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia
71800 Nilai, Negeri Sembilan.