MAKMAL KOMPUTER

Perpustakaan menyediakan dua makmal komputer untuk memudahkan pengguna menyertai program pendidikan dan latihan pengguna. Makmal komputer 1 boleh memuatkan seramai  40 orang dan makmal komputer 2 untuk 20 orang. Di samping itu, pengguna juga boleh menempah makmal komputer untuk aktiviti lain yang bersesuaian. Makmal komputer terletak di aras 4 dan bersebelahan di antara satu sama lain.

Klik di sini untuk tempahan

BILIK PERBINCANGAN

Perpustakaan menyediakan 8 unit bilik perbincangan di mana 3 unit disediakan di aras 1 dan 5 unit lagi tersedia di aras 2. Setiap bilik perbincangan adalah berbeza dalam kapasitinya dan setiap unit dilengkapi dengan papan putih, flipping chart dan satu set meja perbincangan. Pengguna perlu mendaftar di Kaunter Sirkulasi untuk menggunakan bilik tersebut.

Sekiranya pengguna menghadapi sebarang masalah semasa menggunakan bilik, mohon rujuk kepada Kaunter Sirkulasi atau dail 06-798 6249.

BILIK SEMINAR

Bilik seminar Perpustakaan terdapat di aras 4. Bilik ini boleh memuatkan sehingga 78 orang mengikut gaya susunan kelas dan 112 orang untuk gaya susunan teater. Bilik ini diuruskan oleh Unit Rujukan dan tempahan boleh dibuat melalui borang atas talian.

Klik di sini untuk tempahan.

BILIK TAYANGAN

Perpustakaan menyediakan 2 unit bilik tayangan di aras 3. Bilik ini direka berdasarkan konsep pawagam dan dilengkapi dengan skrin putih, projektor dan sistem audio. Bilik tayangan utama boleh memuatkan seramai 63 orang pengguna, Manakala bilik tayangan 2 boleh memuatkan seramai 36 orang. Tempahan untuk menggunakan bilik-bilik ini boleh dibuat di Kaunter Mutimedia di aras 3.

Klik di sini untuk tempahan.

BILIK TRANSIT PENSYARAH

Bilik ini dikhaskan untuk ahli akademik yang bagi tujuan penyelidikan, membaca dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di perpustakaan. Ia terletak di aras 1 dan boleh diakses pada bila-bila masa semasa waktu perpustakaan beroperasi.

BILIK KAREL

Bilik Karel disediakan untuk pengguna yang ingin belajar secara bersendirian. Hanya seorang sahaja pengguna boleh menggunakan bilik ini dalam satu masa. Bilik ini dilengkapi dengan satu set meja belajar. Pengguna perlu mendaftar di Kaunter Sirkulasi terlebih dahulu sebelum menggunakan bilik karel.

MESIN PEMINJAMAN LAYAN DIRI

Perpustakaan menyediakan 6 unit Mesin Peminjaman Layan Diri di aras 1 untuk memudahkan pengguna melakukan proses peminjaman bahan secara layan diri. Oleh itu, proses peminjaman akan menjadi lebih cepat dan menjimatkan masa. 

MESIN PEMULANGAN BAHAN LAYAN DIRI

Proses pemulangan bahan perpustakaan menjadi lebih mudah sejak kebelakangan ini. Perpustakaan menyediakan 2 unit Mesin Pemulangan bahan secara layan diri (di bangunan Perpustakaan dan Pusat Kemudahan Pelajar) yang beroperasi 24 jam sehari. Pengguna boleh memulangkan buku yang telah dipinjam pada bila-bila masa.

ZON INTERNET DAN MULTIMEDIA

Perpustakaan menyediakan komputer untuk digunakan oleh pengguna di aras 3. Pengguna perlu memasukkan nombor matrik staf atau pelajar untuk menggunakan terminal tersebut. Tempoh penggunaan komputer di zon internet dihadkan kepada 1 jam dan boleh dilanjutkan jika tiada tempahan dari pengguna lain. Umumnya, semua komputer tersedia untuk mengakses Internet dan pangkalan data atas talian serta menyelesaikan tugasan. Sebagai tambahan, komputer multimedia tertentu juga disediakan di kawasan ini untuk memudahkan pengguna melihat bahan-bahan multimedia.

BILIK AUDIO

Bilik Audio Visual terletak di aras 3. Bilik ini dilengkapi dengan set audio, headphone, TV plasma, dan sofa yang paling selesa. Ia boleh memuatkan sehingga 10 orang pengguna pada satu masa. Bilik ini membolehkan pengguna mendengar dan menonton bahan audio visual seperti CD-ROM, VCD, dan DVD. Bilik ini diuruskan oleh Unit Multimedia dan tempahan boleh dibuat melalui borang atas talian.

Klik di sini untuk tempahan

RUKNU ARABI

Akan datang.