Watch HFMD: Panduan IbuBapa
Watch Ceramah kesihatan : FLU bukan selsema

Sekitar aktiviti Merdeka Brisk Walk sempena sambutan Kemerdekaan 2024 anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Jabatan Perpustakaan dan Pusat Penerbit pada 29 Ogos 2024.

Disertai seramai lebih kurang 28 orang kakitangan Jabatan Perpustakaan dan Pusat Penerbit, aktiviti brisk walk dimulakan dari lobi Perpustakaan sehingga ke Kandang Kambing USIM yang berhampiran dengan Fakulti Sains dan Teknologi. Perjalanan pergi balik tersebut adalah sekitar 5.3 KM.

Timbalan Pengarah Pusat Keusahawanan Universiti telah sudi menerima kedatangan kakitangan Jabatan Perpustakaan dan Pusat Penerbit ke Kandang Kambing USIM dan memberi penerangan mengenai projek keusahawanan ladang kambing USIM.

PROGRAM BRISKWALK SEJAHTERA
“Cergas Fizikal, Sihat Mental”

Anjuran:
💥Seksyen Psikologi dan Kaunseling, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
💥KUSIMA
💥Kelab Wardah USIM
💥JKKP Jabatan Perpustakaan dan Pusat Penerbit

Sempena Bulan Kaunseling Kebangsaan Tahun 2024, Jom ramai-ramai kita sertai Program Briskwalk Sejahtera pada:

➡ Tarikh: 25 Oktober 2024 (Jumaat)
‍➡ Masa: 8.00 pagi
‍➡ Tempat Berkumpul: Dataran Canselori, USIM
➡ Jarak: 2.5KM

  

Taklimat Pengurusan Haiwan Liar (Ular)

Seksyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Pusat Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH USIM) dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PTj (Jabatan Perpustakaan dan Pusat Penerbit) telah mengadakan satu taklimat yang bertajuk “Pengurusan Haiwan Liar (Ular)” pada 13 Ogos 2025, bertempat di Bilik Seminar, aras 4, Perpustakaan USIM, bermula jam 10.00 pagi.

Seramai 43 orang telah menyertai taklimat ini yang telah disampaikan oleh Pegawai Bomba KB1 Encik Mohamed Farith bin Ahmad, dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai. Peserta telah didedahkan dan diberi pengetahuan mengenai langkah-langkah keselamatan yang betul ketika berdepan dengan situasi melibatkan haiwan liar.

 

Merdeka Brisk Walk anjuran JKKP Jabatan Perpustakaan dan Pusat Penerbit.

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Jabatan Perpustakaan dan Pusat Penerbit telah mengadakan Merdeka Brisk Walk sempena bulan kemerdekaan Malaysia pada hari Selasa, 26 Ogos 2025. Peserta telah berkumpul seawal pagi jam 7.30 sebelum memulakan brisk walk.

Seramai 20 orang kakitangan Jabatan Perpustakaan dan Pusat Penerbit telah menyertai brisk walk ini, yang sejauh 3 km sambil mengibarkan bendera Malaysia, bagi meraikan hari kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos.

Lawatan Penanda Aras Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PTj (JKKP) (Perpustakaan & Pusat Penerbit) USIM Ke Perpustakaan UTHM

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PTj (JKKP) (Perpustakaan & Pusat Penerbit) USIM telah mengadakan satu satu lawatan penanda aras ke Perpustakaan UTHM pada 2 September 2025. Seramai 25 orang kakitangan yang terdiri dari Jabatan Perpustakaan dan Pusat Penerbit telah menyertai lawatan ini.

Objektif utama lawatan ini adalah :

  1. Berkongsi amalan terbaik dalam pelaksanaan dan pengurusan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.
  2. Berkongsi pengalaman dan pengurusan pihak Perpustakaan dalam menghadapi situasi kecemasan di tempat kerja.
  • Berkongsi amalan terbaik pengurusan kualiti di organisasi.
  1. Melihat sistem keselamatan bangunan yang terdapat di Perpustakaan.
  2. Berkongsi pengurusan dan amalan terbaik dalam menyantuni dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna kategori kelainan upaya.

Rombongan lawatan telah diberi taklimat oleh Ketua Pustakawan UTHM Puan Zaharah binti Abd Samad dan pegawai-pegawai yang berkaitan. Rombongan seterusnya dibawa melihat sekitar kawasan Perpustakaan UTHM dan diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai.